Unit Pembersihan

Operasi utama UPSB adalah tertumpu kepada kerja-kerja perkhidmatan pembersihan, pencucian bangunan dan penyelenggaraan lanskap iaitu Taman Botani, Taman Semulajadi, Tasik Memancing, Dusun Buah-buahan dan pagar sempadan meliputi keseluruhan kampus Universiti Utara Malaysia, Sintok.

bsh2

Perkhidmatan Kampus UUM

Perkhidmatan Pembersihan di dalam kampus Universiti Utara Malaysia

  • Bertanggungjawab menjalankan kerja- kerja pembersihan dan dan pencucian bangunan yang terdapat di Universiti Utara Malaysia. Antaranya ialah bangunan-bangunan pentadbiran, perpustakaan, fakulti-fakulti, kolej- kolej kediaman, kafeteria dan lain-lain bangunan dalam kampus Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah.
  • Bertanggungjawab menjalankan perkhidmatan Pengurusan Sisa Pepejal yang terdapat dalam kampus Universiti Utara Malaysia yang mana melibatkan memungut, mengambil dan membuang sampah dari kawasan pentadbiran, kolej- kolej kediaman pelajar dan perumahan kakitangan ke tempat pembuangan sampah yang melibatkan 110 buah tong sampah dengan menggunakan 2 unit kompaktor.

bsh3

Pembersihan Bangunan UUM

Perkhidmatan Pembersihan Bangunan dan Kawasan di Kolej Matrikulasi Kedah

  • Bertanggungjawab menjalankan kerja- kerja pembersihan dan pencucian bangunan meliputi bangunan pentadbiran, blok asrama, Dewan, Makmal Surau dan lain-lain bangunan yang terdapat dalam Kolej Matrikulasi Kedah.
  • Bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja pembersihan kawasan, menjalankan kerja-kerja pemotongan rumput dan penyelenggaraan lanskap dikawasan kampus.
  • Pihak jabatan juga adalah dalam usaha untuk mengembangkanperniagaandenganmerangka strategi pemasaran yang memfokuskan kepada sektor-sektor kerajaan dan swasta di kawasan Utara dengan menumpukan kepada sector perkhidmatan pembersihan, perkhidmatan pindah rumah/pejabat, pemotongan rumput, lanskap dan pembersihan kawasan.

bsh4

Hala Tuju

  • Memperluaskan atau memperkembangkan perniagaan dengan menumpukan dalam bidang berkaitan dengan penyertaan dalam sebutharga dan tender yang dikeluarkan samaada oleh IPTA mahupun IPTS sekitar kawasan utara seperti Kolej Pertanian Kedah, UNIMAP, Politeknik dan sebagainya.
  • Memberi tumpuan kepada lokasi luar dari kawasan kampus dan menjadikan masjid sebagai tempat tumpuan. Selain sebagai pendapatan kepada jabatan ia juga adalah sebahagian dari sumbangan social UPSB kepada masyarakat.
  • Mengembangkan dan meluaskan lagi maklumat kepada masyarakat mengenai UPSB dan perkhidmatan yang ditawarkan.
  • Mempeluaskan skop bidang pembersihan iaitu dalam bidang housekeeping, perkhidmatan dobi dan Health & Hygienic
  • Pihak Jabatan juga akan mempeluaskan lagi perkhidmatan dalam bidang lanskap iaitu tranformasi kepada bentuk perniagaan tapak semaian dan holtikultur bersaiz besar dan komersial.

    Akan berusaha untuk mengekal dan mengambil alih semula lain-lain perkhidmatan yang ditawarkan dalam tender yang akan datang seperti kerja-kerja pemotongan rumput, sapu jalan, longkang dan penyelenggaraan lanskap di dalam kampus Universiti Utara Malaysia (2015 -2017).