Unit Pembangunan Perniagaan

Jabatan Pembangunan Perniagaan mempunyai tiga unit iaitu terdiri daripada Unit Perumahan Kakitangan, Unit Tender dan Unit Perniagaan Runcit.

bd1

Unit Pembangunan

Berikut merupakan di antara perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh unit-unit yang berkenaan :

  • Unit Perumahan
    Unit yang ditugaskan untuk menguruskan perumahan kakitangan universiti yang diserahkan oleh pihak universiti ke atas pengurusan anak syarikat.
  • Unit Tender
    Unit Tender bertujuan untuk mengenalpasti dan menguruskan tender-tender yang bersesuaian dengan kod bidang syarikat dan sentiasa mencari peluang tender baru bagi syarikat.
  • Unit Perniagaan Runcit
    Unit Perniagaan Runcit menawarkan khidmat pembekalan bahan-bahan mentah dan barang keperluan asas kepada pihak pengusaha kafeteria, penduduk setempat dan orang awam. Perniagaan ini juga akan memberi kelebihan kepada pihak UPSB dalam meningkatkan lagi keuntungan bagi syarikat dan juga mengembangkan lagi segmen perniagaan UPSB dalam bidang peruncitan.

bd2

Unit Pembangunan Perniagaan

Berikut merupakan produk-produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jabatan Pembangunan Perniagaan bagi menjana sumber pendapatan syarikat :

  • Pengurusan Industri Gaharu
    Pengurusan industri gaharu bertujuan dalam memastikan UPSB dan juga Syarikat Usahasama (SPV) bersama-sama kerajaan negeri Kedah ingin membantu Masyarakat Gaharu Malaysia, iaitu penanam, pengilang dan juga penjual serta seterusnya fokus untuk menstruktur industri gaharu Malaysia melalui projek ini kepada tahap yang tertinggi. Salah satu produk penghasilan industri gaharu ialah minyak wangi.
  • Perniagaan Kedai Borong
    Perniagaan kedai borong menawarkan khidmat pembekalan bahan-bahan mentah dan juga barangan keperluan asas masakan kepada pihak pengusaha kafeteria, hotel dan sebagainya untuk memudahkan pengusaha bagi mendapatkan bahan-bahan dan barangan tersebut.

bd3

Hala Tuju

Jabatan Pembangunan Perniagaan merupakan salah satu jabatan di dalam UPSB dan ianya ditubuhkan pada 01 Julai 2015. Tujuan utama penubuhan Jabatan ini adalah bagi menjana pendapatan kepada syarikat. Selain itu, bahagian ini juga bertujuan untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan-perkhidmatan baru untuk meningkatkan sumber pendapatan bagi UPSB.