Unit Hartanah

Pada awalnya Jabatan Hartanah dikenali sebagai Jabatan Perabot, Pengurusan Aset dan Hartanah telah ditubuhkan pada September 2011. Dengan kewujudan jabatan ini, UPSB telah mengembangkan sayap perniagaannya dengan membuat pembekalan perabot di luar negeri Kedah seperti Kuala Lumpur dan Johor serta di dalam kampus Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah.

htnh3

Pencapaian

UPSB telah mengorak langkah menceburi dalam bidang hartanah dengan membuat pembelian sebuah bangunan 4 ½ tingkat yang terletak bersebelahan dengan bangunan UUMKL sedia ada iaitu Wisma Sri Muda di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur dengan harga jualan RM6.5 juta daripada Raham Holdings Sdn. Bhd. dan syarikat-syarikat sekutunya. Tujuan pembelian bangunan Wisma Sri Muda adalah untuk penyewaan kepada UUMKL bagi memenuhi keperluan UUMKL menggunakan kemudahan dan ruang yang terdapat di bangunan tersebut untuk dikembangkan dan digunakan sebagai bilik kuliah dan juga untuk perlaksanaan aktiviti-aktiviti UUMKL.

htnh4

Perlaksanaan projek luar

UPSB telah membekalkan perabot ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pengerang, Johor pada tahun 2011dengan kontrak pembekalan sejumlah RM530 ribu. UPSB juga telah diberi kepercayaan oleh Sani Hotel di Kuala Lumpur untuk membekalkan kain-kain linen seperti kain cadar, sarung bantal, duvet dan lain-lain untuk kegunaan bilik-bilik hotel tersebut.Selain daripada itu, jabatan hartanah juga membekalkan perabot seperti sofa, tilam dan divan serta kain linen hampir kesemua dewan penginapan pelajar (DPP) di dalam kampus Universiti Utara Malaysia, Sintok.

htnh1

Hala tuju

Untuk tahun 2014 Jabatan Hartanah telah berjaya membuat penyewaan bangunan Wisma Sri Muda (kini dikenali sebagai Menara 2 UUMKL) dengan pihak UUM untuk tempoh 3 tahun untuk kegunaan sebagai bilik kuliah UUMKL. Pihak jabatan telah membuat penyerahan Menara 2 UUMKL secara rasminya kepada UUM pada 9 Januari 2014. Selain itu, jabatan juga telah berjaya memantau kerja-kerja yang dibuat oleh kontraktor yang dilantik menyiapkan kerja-kerja pengubahsuaian dalaman pejabat serta kerja-kerja menyiapkan bangunan tambahan ibu pejabat UPSB di Taman Keruing, Changlun. Pihak jabatan juga memastikan segala keperluan dan kehendak setiap jabatan dipenuhi. Selain daripada itu, pihak jabatan juga telah diberi tanggungjawab untuk menguruskan Unit Housekeeping serta memulakan perkhidmatan Housekeeping di Hotel EDC & Residence pada bulan Ogos 2015. Berikutan dengan kecemerlangan prestasi kerja yang ditunjukkan, pihak jabatan telah diberi kepercayaan untuk memberikan perkhidmatan Housekeeping di The University Inn (TUI) yang terletak di dalam kampus Universiti Utara Malaysia.